CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 April 2011

My Former School (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG) 23 Februari 2009 - 20 April 2009

Ini la sekolah yang paling best bagi aku iaitu Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong ataupun dikenali sebagai SEMENTA...sekolah ni banyak mengajarku tentang erti budaya & tujuan utama datang ke sekolah...aku mula masuk sekolah ni masa first intake iaitu pada 23 Februari 2009 (isnin)...Disini juga aku mula tinggal di asrama...Pengalaman pertama tinggal di asrama memang sedikit sebanyak menakutkan aku...tapi aku tabah menghadapi dugaan & cabaran yg mendatang....

  Hari pertama persekolahan aku disini amat berjalan lancar...aku ditempatkan di kelas 4KU iaitu satu-satunya kelas aliran teknik...KU merupakan singkatan bagi "KEUSAHAWANAN"...Batch kami merupakan batch terakhir kerana aliran teknik akan ditutup pada tahun depan (2010) kerana sekolah ini kembali kepada sekolah menengah vokasional yang hanya menawarkan aliran vokasional & kemahiran sahaja...pada mulanya, kelas aku hanya mempunyai 5 orang pelajar sahaja iaitu 3 lelaki & 2 perempuan sahaja...(Meor, Hakim, Aku, Lya & Odah)...namun bilangan kelas kami semakin bertambah disebabkan banyak pelajar lain masuk semasa second & third intake...disini la aku mula kenal miena, tinie, fatin, tasya, erin & syuhada...kelas aku ni majoriti perempuan la yg megang walaupun pada mulanya lelaki yg mula masuk dulu...tapi jodohku dengan sekolah ini tidak panjang kerana aku terpaksa pindah sekolah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

tetapi banyak kenangan di sekolah ini especially pengalaman aku kena lempang dengan mambra...nama sebenar mambra ni cikgu hashim...yang paling aku geli hati, bila waktu solat maghrib & isyak kat surau memang tak sah kalu si mambra tu tak pakai baju kemeja, kain pelikat & berkasut...ni la first time aku jumpa orang macam mambra ni....mambra tampar muka aku sebab aku bercakap dalam surau...masa lepas kena tampar tu, aku memang dah cuak gila...

sekolah ni jugak la yang mengasah bakat aku dalam bola sepak...alhamdulillah, aku berjaya mewakili sekolah dalam bola sepak...namun, aku tak sempat bermain semasa kejohanan antara teknik disebabkan aku sudah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan...

Ini la blok asrama sekolah ku.....aku duduk di blok Al-Bukhari iaitu disebelah blok Al-Ghazali...aku ditempatkan di dorm AB-3 & nombor 05 merupakan nombor katilku...di dataran asrama ini la yg menjadi tempat roll-call...waktu roll-call pukul 7 pagi & 11.30 malam...aku merindui bunyi siren roll-call tu...aku seakan-akan masih terdengar lagi bunyi siren roll-call ni....huhu...

Ini la kelas aku dahulu (4KU)...amacam>>bersepahkan??? hahaha

Ini guru kelasku...Namanya cikgu Azmi...cikgu ni mengajar subjek prinsip akaun...cikgu ni la merupakan cikgu lelaki yang paling cool sekali dalam sekolah sementa...huhu...

Cikgu ni namanya Puan Noor Ilham Bt Mohd Rusuki...cikgu ni mengajar subjek bahasa melayu...cikgu yang paling cute, ceria & peramah...cikgu Ilham ni la yang banyak bagi panduan serta tips2 untuk membuat karangan cemerlang dalam BM...Walaupun aku bukan lagi warga sementa, namun cikgu tetap membantu aku sehinggalah aku berjaya membuat karangan panjang...
Cikgu Ilham jugak la yang mengajar aku wat karangan dengan menggunakan kosa kata yang tak pernah aku jumpa sebelum ni...cikgu Ilham ni lagi bagus dari cikgu2 kat teknik kuantan...cikgu BM aku kat teknik Kuantan tak pernah ajar aku wat karangan seperti yang cikgu Ilham ajar...aku sayang cikgu Ilham...huhuhu

yang ni pulak namanya cikgu fatiah...budak2 sekolah aku panggil cikgu ni dengan gelaran Mama F...cikgu ni mengajar subjek Pengajian Keusahawanan (PKU)...cikgu fatiah ni tegas jugak orangnya...kalu tak siap keje KU, dia suruh siapkan kerja KU dkat luar ataupun lari keliling padang Bola jaring...hahaha


Ni Miss Lim...dia mengajar subjek Bahasa Inggeris...kalu dia soal pape, mesti miss lim ni soal kat aku dulu...aku pun tak taw la kenapa la dia suka sangat soal aku...mujur aku dah pindah dari sekolah ni...kalu aku stay lagi la, tak taw la aku cmne...huhuhu


Yang ni pulak cikgu Salmiah...cikgu ni mengajar subjek Kimia...setiap kali cikgu nak soal orang, memang tak sah kalu tak guna rotan...huhuhu...tapi, cikgu ni lagi best daripada cikgu kimia kat teknik kuantan especially cikgu azman...btw, cikgu salmiah tetap best...I miss u cikgu!!! huhuhu


cikgu2 subjek lain saya tak de gambar la...tapi saya tetap ingat cikgu...Cikgu Hariza (Sejarah), Cikgu Faridah (Add Math), Sir Azizul (Math Moden), Cikgu Kamariah a.k.a Mama K (Fizik) & Ustazah Norliza (Pendidikan Islam)...

3 comments:

  1. salam..dik, ada fb cikgu ilham x? cikgu ilham nie cikgu akak masa dia mula2 praktikal dulu...kalo ada,blh share x?

    ReplyDelete
  2. Ade sebab mambra pkai kasut, dlu dia pakai selipar lps tu kne rembat kt surau bkn skali dua tp byk kali, mau x hangin dia.. Tp burger dgn nasi lemak dia mmg pawerrrr

    ReplyDelete