CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 April 2011

Berkecai harapan menggunung...hancur musnah la smuanya.... T_T

 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
Sakitnya hatiku apabila harapan yang menggunung berkecai ibarat Hiroshima & Nagasaki yang hancur dibedil bom atom...
Hancur musnah la semuanya...impian aku agar dapat masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengejar cita-citaku sebagai seorang guru kini musnah sama sekali apabila permohonan aku ditolak....
*******************************************
Ceritanya macam ni....pagi 14/4/2011...secara tiba2 aku teringat yang aku belum cek lagi keputusan permohonan untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak2 (UPSI)....aku bingkas bangun dari katilku untuk pergi on komputer di ruang tamu...dengan penuh semangat, aku capai 'mouse' dan aku search laman web ni: http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku mula menaip nombor kad pengenalan aku dan klik "Submit".

kemudian, sistem ni pun loading lah...

Jantungku semakin berdebar dengan pantasnya ibarat kereta F1 yang memandu laju di litar Sepang...huh..
Aku menjerit "aaarrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" apabila keputusan tertera di skrin komputer aku:

"Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan saudara/i untuk melanjutkan pengajian
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi Semester 1 Sesi 2011/2012 adalah tidak berjaya.
Pihak Universiti ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas minat dan usaha saudara/i
untuk meneruskan pengajian di UPSI.
Selamat maju jaya."

Pale hot dye ckp, selamat maju jaya...kalu ko tak luluskan permohonan aku, macam mana aku nak berjaya...ngok!!!!

Perghhhh!!! memang aku frust tahap nonggeng ni...mana tak tonggengnya, hancur berkecai harapan aku....
Nampak gayanya, memang aku ni ditakdirkan untuk masuk form 6 la agaknya...tetapi, aku buntu....sekolah mana yang aku nak masuk ni sama ada SMK Mahmud Raub ataupun SMT Kuantan...

mana satu aku nak pilih ni???? aduyaiiiii.......
atau
Nampak gayanya, aku kena solat sunat istikharah la ni....huhu

p/s: That's all my story today...Thank you..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


1 comment:

  1. 8 Casino Slot Machine Games - Mapyro
    Best Casino Slot Games Near Denver, CO 김천 출장마사지 - 익산 출장안마 Find Casinos 구미 출장마사지 Near you on Mapyro, the world's favorite free online 동두천 출장샵 casino 원주 출장마사지 game.

    ReplyDelete