CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 April 2011

Kekasihku...Ayufitrah

  السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 Kali ni aku nak ceritakn seorang yang paling istimewa dalam hidup aku...Dia la insan yang amat aku cintai & aku sayangi...Dia la teman hidupku yang membawa sinar kebahagiaan dalam hidup aku...
Nama insan istimewa tu ialah Nur Ayu Fitrah Bt Saharil...nama yang cukup cantik bagi aku...sebelum aku cerita macam mana aku jatuh cinta pada dia, ini la gambar pemilik nama yang aku sebutkan tadi...
Ayufitrah ni la insan yang aku sayangi...Dia merupakan perempuan terakhir yang bertakhta di hati aku...Tiada perempuan lain yang boleh menggantikan Ayufitrah yang amat aku cintai...

kisahnya mcm ni...aku mula-mula rapat dengan Ayufitrah ni masa tengah chatting dalam facebook...walaupun kitorang 1 sekolah dulu, tapi aku rasa mcm baru kenal dia...aku kenal dia lebih kurang dalam bulan Mac kowt...masa aku chatting dengan dia, tiba2 timbul perasaan sayang kat dia...mula-mula aku pendamkan dulu perasaan aku tu...

pastu, aku tanya dia sama ada dia dah ada pakwe ke belum...Dia jwb, tak de pakwe...masa dia cakap tu, aku rasa happy sangat sampai aku terlompat-lompat mcm beruk...kawan-kawan hostel aku yang mengikuti kursus English kat International Islamic College (IIC) tu hairan dengan gelagat aku masa tu...
Hari tu dia ajak aku masuk KIPSAS sekali dengan dia...masa tu, hati aku gembira sangat...tiba-tiba dia ajak aku...Malangnya, abah aku pulak tak bagi aku masuk KIPSAS...alasannya sebab yuran pengajian mahal...hancur harapan aku nak masuk kolej sama dengan dia...Namun demikian, ia tak mematahkan semangat aku untuk mendapatkan cinta dia...

Pada tanggal 30 Mac 2011 bersamaan pukul 12.12 tengah malam, akhirnya aku luahkan segala isi hati aku pada Ayufitrah...Alhamdulillah, dia terima cinta aku & terima keadaan keluarga aku seadanya...kami sama-sama dah berjanji akan berkahwin bila dah mencapai cita-cita or dapat kerja nanti...so, aku kena belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita aku...maklum la, tanggungjawab aku ni besar...nak kumpul ekonomi dulu, baru la senang nak kahwin nanti sebab dah ada duit. Bak kata pepatah, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". 
Azrul Ayufitrah
  Pada 7 April merupakan tarikh hari lahir dia...So, aku belikan dia 1 hadiah yang paling mudah dan senang untuk dihantar...Aku hadiahkannya topup Maxis RM5...walaupun aku mampu bagi hadiah ni je, namun aku bagi hadiah ni seikhlas dan setulus hati aku...
Sekarang ni, dia bekerja sebagai 'Cashier' di Stesen Minyak Shell...
 That's all my story today...
Thank you...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 *******************************************************************************

Saturday 16 April 2011

LAGU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG


TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN...
SEMENTA GEMILANG DAN TERBILANG...
SAHUT CABARAN ERA PERUBAHAN...
DEMI BANGSA DAN NEGARA...

PADA GURU YANG BERDEDIKASI...
DIDIK KAMI DENGAN PENUH KASIH...
KORBANKAN DIRI PENUH KREATIVITI...
BAKTI SUCI DI SANJUNGI...

SEMENTA OH SEKOLAH KAMI...
CURAH BAKTI SUCI DAN MURNI...
AMAN DAN MAKMUR BAWAH PIMPINAN...
PENDIDIK YANG BERKUALITI TINGGI...

INI BARISAN PUTRA PUTRI MU...
IKRAR KAMI BERSUMPAH BERJANJI...
KAN KU HARUMKAN SEMERBAK NAMA MU...
DI PERSADA NEGERI...

Thursday 14 April 2011

My Former School (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN) 22 April 2009-16 Disember 2010

Pada pertengahan bulan April 2009, aku telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan...aku terpaksa buang segala budaya yang aku bawak semasa sekolah di Teknik Bentong dulu...pada mulanya, aku sukar membiasakan diriku di persekitaran sekolah ni...maklum la, takde member...

alhamdulillah, semasa hari pertama aku masuk sekolah ni...dah ada orang yang nak berkawan dengan aku...Seingat aku, orang pertama yang aku kawan ialah Amar, Aizat, Iwan (Boomer) & Anwar ( Babak)...
aku terhutang budi pada diorang ni sebab diorang sudi tolong aku bawak masuk barang keperluan serta beg2 aq ke dlm dorm aq...Malangnya, aq dapat dorm C...pada mulanya aku duduk seorang di dorm ni...atas dorongan daripada budak2 dorm H, aku wat keputusan untuk berpindah ke dorm H...

Kelasku 4 pengurusan 2 (4P2)...masyaallah...terkejut aku apabila tengok budak2 kelas aku...majoriti perempuan yang megang kelas ni...aku mula2 konpius dgn nama kelas aku...disebabkan aku dah biasa sebut kelas 4KU, lidahku menjadi kelu untuk menyebut 4P2...aku tak faham betul la dgn sekolah ni....kenapa kelas ni diberi nama "Pengurusan"??? sedangkan masa aku sekolah kat Teknik Bentong, kelas pengurusan ni dikenali sebagai 4PPN atau nama panjangnya Pengurusan Perniagaan..tapi PPN ni kelas aliran vokasional...sedangkan kelas bisnes untuk aliran teknik dikenali sebagai KU atau keusahawanan...

Kenapa sekolah Teknik Kuantan tak namakan kelas aku ni dengan nama Keusahawanan atau Perdagangan...aku jadi konpius sama ada aku ni duduk kat kelas aliran teknik atau vokasional ni...kemudian aku baru la dapat taw yg SMT Kuantan ni 100% aliran teknik...lepas aku taw tentang ni, baru la perasaan konpius aku tu hilang secara automatik...huhu

Berkecai harapan menggunung...hancur musnah la smuanya.... T_T

 
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 
Sakitnya hatiku apabila harapan yang menggunung berkecai ibarat Hiroshima & Nagasaki yang hancur dibedil bom atom...
Hancur musnah la semuanya...impian aku agar dapat masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengejar cita-citaku sebagai seorang guru kini musnah sama sekali apabila permohonan aku ditolak....
*******************************************
Ceritanya macam ni....pagi 14/4/2011...secara tiba2 aku teringat yang aku belum cek lagi keputusan permohonan untuk program Diploma Pendidikan Awal Kanak2 (UPSI)....aku bingkas bangun dari katilku untuk pergi on komputer di ruang tamu...dengan penuh semangat, aku capai 'mouse' dan aku search laman web ni: http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku mula menaip nombor kad pengenalan aku dan klik "Submit".

kemudian, sistem ni pun loading lah...

Jantungku semakin berdebar dengan pantasnya ibarat kereta F1 yang memandu laju di litar Sepang...huh..
Aku menjerit "aaarrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" apabila keputusan tertera di skrin komputer aku:

"Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan saudara/i untuk melanjutkan pengajian
di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi Semester 1 Sesi 2011/2012 adalah tidak berjaya.
Pihak Universiti ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas minat dan usaha saudara/i
untuk meneruskan pengajian di UPSI.
Selamat maju jaya."

Pale hot dye ckp, selamat maju jaya...kalu ko tak luluskan permohonan aku, macam mana aku nak berjaya...ngok!!!!

Perghhhh!!! memang aku frust tahap nonggeng ni...mana tak tonggengnya, hancur berkecai harapan aku....
Nampak gayanya, memang aku ni ditakdirkan untuk masuk form 6 la agaknya...tetapi, aku buntu....sekolah mana yang aku nak masuk ni sama ada SMK Mahmud Raub ataupun SMT Kuantan...

mana satu aku nak pilih ni???? aduyaiiiii.......
atau
Nampak gayanya, aku kena solat sunat istikharah la ni....huhu

p/s: That's all my story today...Thank you..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tuesday 12 April 2011

My Former School (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZAN BENTONG) 23 Februari 2009 - 20 April 2009

Ini la sekolah yang paling best bagi aku iaitu Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong ataupun dikenali sebagai SEMENTA...sekolah ni banyak mengajarku tentang erti budaya & tujuan utama datang ke sekolah...aku mula masuk sekolah ni masa first intake iaitu pada 23 Februari 2009 (isnin)...Disini juga aku mula tinggal di asrama...Pengalaman pertama tinggal di asrama memang sedikit sebanyak menakutkan aku...tapi aku tabah menghadapi dugaan & cabaran yg mendatang....

  Hari pertama persekolahan aku disini amat berjalan lancar...aku ditempatkan di kelas 4KU iaitu satu-satunya kelas aliran teknik...KU merupakan singkatan bagi "KEUSAHAWANAN"...Batch kami merupakan batch terakhir kerana aliran teknik akan ditutup pada tahun depan (2010) kerana sekolah ini kembali kepada sekolah menengah vokasional yang hanya menawarkan aliran vokasional & kemahiran sahaja...pada mulanya, kelas aku hanya mempunyai 5 orang pelajar sahaja iaitu 3 lelaki & 2 perempuan sahaja...(Meor, Hakim, Aku, Lya & Odah)...namun bilangan kelas kami semakin bertambah disebabkan banyak pelajar lain masuk semasa second & third intake...disini la aku mula kenal miena, tinie, fatin, tasya, erin & syuhada...kelas aku ni majoriti perempuan la yg megang walaupun pada mulanya lelaki yg mula masuk dulu...tapi jodohku dengan sekolah ini tidak panjang kerana aku terpaksa pindah sekolah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

tetapi banyak kenangan di sekolah ini especially pengalaman aku kena lempang dengan mambra...nama sebenar mambra ni cikgu hashim...yang paling aku geli hati, bila waktu solat maghrib & isyak kat surau memang tak sah kalu si mambra tu tak pakai baju kemeja, kain pelikat & berkasut...ni la first time aku jumpa orang macam mambra ni....mambra tampar muka aku sebab aku bercakap dalam surau...masa lepas kena tampar tu, aku memang dah cuak gila...

sekolah ni jugak la yang mengasah bakat aku dalam bola sepak...alhamdulillah, aku berjaya mewakili sekolah dalam bola sepak...namun, aku tak sempat bermain semasa kejohanan antara teknik disebabkan aku sudah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan...

Ini la blok asrama sekolah ku.....aku duduk di blok Al-Bukhari iaitu disebelah blok Al-Ghazali...aku ditempatkan di dorm AB-3 & nombor 05 merupakan nombor katilku...di dataran asrama ini la yg menjadi tempat roll-call...waktu roll-call pukul 7 pagi & 11.30 malam...aku merindui bunyi siren roll-call tu...aku seakan-akan masih terdengar lagi bunyi siren roll-call ni....huhu...

Ini la kelas aku dahulu (4KU)...amacam>>bersepahkan??? hahaha

Ini guru kelasku...Namanya cikgu Azmi...cikgu ni mengajar subjek prinsip akaun...cikgu ni la merupakan cikgu lelaki yang paling cool sekali dalam sekolah sementa...huhu...

Cikgu ni namanya Puan Noor Ilham Bt Mohd Rusuki...cikgu ni mengajar subjek bahasa melayu...cikgu yang paling cute, ceria & peramah...cikgu Ilham ni la yang banyak bagi panduan serta tips2 untuk membuat karangan cemerlang dalam BM...Walaupun aku bukan lagi warga sementa, namun cikgu tetap membantu aku sehinggalah aku berjaya membuat karangan panjang...
Cikgu Ilham jugak la yang mengajar aku wat karangan dengan menggunakan kosa kata yang tak pernah aku jumpa sebelum ni...cikgu Ilham ni lagi bagus dari cikgu2 kat teknik kuantan...cikgu BM aku kat teknik Kuantan tak pernah ajar aku wat karangan seperti yang cikgu Ilham ajar...aku sayang cikgu Ilham...huhuhu

yang ni pulak namanya cikgu fatiah...budak2 sekolah aku panggil cikgu ni dengan gelaran Mama F...cikgu ni mengajar subjek Pengajian Keusahawanan (PKU)...cikgu fatiah ni tegas jugak orangnya...kalu tak siap keje KU, dia suruh siapkan kerja KU dkat luar ataupun lari keliling padang Bola jaring...hahaha


Ni Miss Lim...dia mengajar subjek Bahasa Inggeris...kalu dia soal pape, mesti miss lim ni soal kat aku dulu...aku pun tak taw la kenapa la dia suka sangat soal aku...mujur aku dah pindah dari sekolah ni...kalu aku stay lagi la, tak taw la aku cmne...huhuhu


Yang ni pulak cikgu Salmiah...cikgu ni mengajar subjek Kimia...setiap kali cikgu nak soal orang, memang tak sah kalu tak guna rotan...huhuhu...tapi, cikgu ni lagi best daripada cikgu kimia kat teknik kuantan especially cikgu azman...btw, cikgu salmiah tetap best...I miss u cikgu!!! huhuhu


cikgu2 subjek lain saya tak de gambar la...tapi saya tetap ingat cikgu...Cikgu Hariza (Sejarah), Cikgu Faridah (Add Math), Sir Azizul (Math Moden), Cikgu Kamariah a.k.a Mama K (Fizik) & Ustazah Norliza (Pendidikan Islam)...