CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 14 April 2011

My Former School (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN) 22 April 2009-16 Disember 2010

Pada pertengahan bulan April 2009, aku telah berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Kuantan...aku terpaksa buang segala budaya yang aku bawak semasa sekolah di Teknik Bentong dulu...pada mulanya, aku sukar membiasakan diriku di persekitaran sekolah ni...maklum la, takde member...

alhamdulillah, semasa hari pertama aku masuk sekolah ni...dah ada orang yang nak berkawan dengan aku...Seingat aku, orang pertama yang aku kawan ialah Amar, Aizat, Iwan (Boomer) & Anwar ( Babak)...
aku terhutang budi pada diorang ni sebab diorang sudi tolong aku bawak masuk barang keperluan serta beg2 aq ke dlm dorm aq...Malangnya, aq dapat dorm C...pada mulanya aku duduk seorang di dorm ni...atas dorongan daripada budak2 dorm H, aku wat keputusan untuk berpindah ke dorm H...

Kelasku 4 pengurusan 2 (4P2)...masyaallah...terkejut aku apabila tengok budak2 kelas aku...majoriti perempuan yang megang kelas ni...aku mula2 konpius dgn nama kelas aku...disebabkan aku dah biasa sebut kelas 4KU, lidahku menjadi kelu untuk menyebut 4P2...aku tak faham betul la dgn sekolah ni....kenapa kelas ni diberi nama "Pengurusan"??? sedangkan masa aku sekolah kat Teknik Bentong, kelas pengurusan ni dikenali sebagai 4PPN atau nama panjangnya Pengurusan Perniagaan..tapi PPN ni kelas aliran vokasional...sedangkan kelas bisnes untuk aliran teknik dikenali sebagai KU atau keusahawanan...

Kenapa sekolah Teknik Kuantan tak namakan kelas aku ni dengan nama Keusahawanan atau Perdagangan...aku jadi konpius sama ada aku ni duduk kat kelas aliran teknik atau vokasional ni...kemudian aku baru la dapat taw yg SMT Kuantan ni 100% aliran teknik...lepas aku taw tentang ni, baru la perasaan konpius aku tu hilang secara automatik...huhu

1 comment: